aku buntu kanan racun kiri pun racun dari mertua dan mak sendiri!




Assalamualaikum warga KRT , Admin . Mohon hide profile saya Admin , terima kasih . Masalah saya ialah saya tengah mengandung 7 bulan dan saya tak tahu nak berpantang belah mak saya atau belah nenek suami . Saya dan suami anak sulung dan anak yang saya kandungkan ni adalah cucu dan cicit pertama kedua belah keluarga . Kalau saya pilih berpantang dengan belah suami semuanya nampak mudah sebab nenek suami adalah bidan kampung . Tapi saya risau setiap kali bulan saya balik sana mesti saya makan hati dan dibuli dengan nenek suami . Mak mertua saya selalu juga balik rumah nenek suami walaupun duduk jauh , takdalah jauh sangat 2 jam lebih sampai . Depan suami , nenek suami layan saya baik sangat tapi belakang suami Allah je yang tahu . Masa kandungan saya empat bulan nenek dan mak suami suruh saya kemas rumah , sapu sampah semua pastuh basuh baju guna mesin basuh tapi diorang tak bagi saya bergerak atau duduk , saya terpaksa berdiri depan mesin basuh tu sampai baju tu siap .

Bagi orang yang tak mengandung perkara tu mungkin biasa ja tapi bagi saya yang tengah mengandung dengan pening kepala , alahan teruk , lapar lagi dah nak pengsan dah saya masa tuh . Dah siap basuh nak kena jemur , nak kena angkat bakul berat dari dapur sampailah ke halaman rumah , lalu depan nenek dan mak suami diorang boleh suruh angkat bakul betul² , ketawakan saya sambil diorang tengok tv makan kopok . Atuk suami bising cakap kalau suami saya tahu yang saya kena buat segala kerja rumah masa suami kerja , mesti suami takkan balik dah rumah nenek dia . Siap jemur baju , masuk rumah baru nak duduk dah suruh saya mop dengan basuh tandas pula . Dari pagi sampai ke petang saya tak sempat mandi dengan makan . Penat sangat . Bila muka saya dah pucat , muntah tak berhenti tahu memasing takut sebab masa tuh suami nak balik kerja dah . Malam tu saya ajak suami balik , sepanjang perjalanan balik saya diam je . Hanya airmata je yang mampu meluahkan segala rasa . Saya cerita pada suami , suami tak marah saya .

Suami terkejut dan tak nak balik rumah nenek dia lagi . Ada masa tu , mak suami balik rumah nenek pastu suami hantar saya rumah nenek dia . Mulanya suami tak bagi saya balik rumah nenek dia dah , tapi saya tak nak gaduh dengan nenek dan mak suami . Saya tak nak diorang terasa hati . Masa tu mak mertua tertiba baik buatkan saya segelas air , dia cakap air oren . Saya tak sedap hati , bila saya minum sikit rupanya air nenas bukan air oren . Saya tanya kenapa bagi saya minum air nenas saya kan mengandung . Mana boleh makan nenas . Tertiba nenek suami marah saya dan pergi dapur bawa nenas muda yang dah siap potong paksa saya makan siap tonyoh kat mulut saya . Allah, terkejut saya . Saya cakap dan terangkan elok elok ” Nenek , saya tak boleh makan nenas saya kan mengandung . Lagipun doktor cakap rahim saya tak kuat jadi saya kena hati² kena jaga betul² ” . Pastu nenek suami tengking saya cakap ” Doktor tu tuhan ke ? Kau dah tengok ke puki kau kuat ke tak ?




Mana kau tahu makan nenas boleh gugur , mak mertua kau dulu mengandung makan nenas elok je ” . Allah tak terkata saya . Saya terus lari masuk bilik kunci pintu . Diorang ketuk macam nak roboh pintu pun saya tak buka . Sedih saya bila teringatkan kejadian tuh , takut pun ada . Suami saya betul² nak anak . Apa-apa jadi pada anak tak tahu saya nak buat apa . Nenek suami siap pesan pada suami lepas bersalin terus balik sini tak payah singgah memana termasuk rumah mak saya . Saya takut nak berpantang rumah nenek suami . Nenek suami siap cakap pada saya nanti jangan lupa beli nestum , baby seminggu dah boleh makan sedangkan nurse saya cakap baby bawah enam bulan tak boleh makan apa apa selain susu ibu sahaja . Satu lagi , nenek dan atuk suami merokok 24 jam dalam rumah jadi saya takut apa apa jadi pada baby . Suami dah pernah cakap dengan nenek dan atuk dia nanti ada baby tak boleh merokok dalam rumah , jawapan nenek dia adalah ” bontot kau , lebih je ” . Saya mengandung adalah mengidam makan itu ini tapi nenek dan mak suami cakap saya mengada .

Sedangkan saya cuma nak makan rambutan kuning je pun . Mak mertua saya lagi dasyat dia punya ngidam . Saya yang mengandung dia pulak over ngidam nak makan asam muda jiran depan lah , nak makan siput lah itulah inilah . Tak nak pulak nenek suami cakap anak dia mengada . Siap boleh cakap dengan saya kena tunaikan permintaan makan dia kalau tak nanti baby nangis lah , ngenceslah . Saya mengandung , baby membesar logiklahkan kalau perut saya besar memboyot ada diorang cakap perut saya banyak lemak . Eh , sabar je lah tapi boleh ke saya ngandung mak mertua saya yang banyak ngidam dari saya ? Logik tak ?? Kalau saya pilih berpantang rumah mak saya sendiri pula lain masalahnya . Adik saya 2 orang sekolah rendah dan 2 orang sekolah menengah . Mak saya ni muda lagi baru 38 tahun , nampak muda body solid sebab kuat makan jamu even doktor tak bagi makan dah takut overdose . Mak dan ayah saya ada masalah dah dua tahun tak bercakap , tak tidur sebilik .

Ayah saya sayang mak saya tapi mak saya dia perasan muda lawa so lelaki keliling pinggang . Ayah kerja kat terengganu sebulan sekali baru balik . Suami saya ni suka join club kereta , event semua mesti suami masuk . Mak saya pun sama joins atas sebab nak tolong member uruskan event kononnya . Kalau kata 30 lelaki mak saya sorang ja perempuan , dia punya gedik sampai lupa ayah ngan adik adik saya . Setiap kali saya balik rumah mak saya , mak saya berkemban pakai kain batik je depan suami saya, kadang pakai baju tidur sengkat atas peha dengan tak pakai bra . Saya dah banyak kali nasihat marah mak saya tapi dia buat tak tahu je . Mak saya selalu cakap dengan saya , nak suami saya , nak rasa suami saya pastu siap buka cerita dengan kawan² suami saya yang dia bini no dua suami saya . Malu saya dan suami depan kawan . Pernah sekali tu suami saya nak mandi , mak saya boleh cakap ” Boleh tak mandi sorang nak mak tolong mandikan tak ? ” .

Allah bagi mak saya mungkin benda tu biasa kalau nak bergurau atau apa apa niat lain , tapi tak biasa bagi saya . Mak saya siap cakap dengan suami saya kalau saya tak boleh tunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri masa saya mengandung tak apa , dia ada dia boleh tunaikan . Mak saya cakap nanti pantang biar suami tidur dengan dia , dia boleh tolong jaga suami puaskan suami . Saya jaga baby je . Allah, hancur hati saya ni . Sebab perempuan yang cakap benda tu adalah mak saya . Mak kandung saya . Saya risau mungkin hari ni suami saya teguh iman dia , tapi esok lusa macam mana kalau terus digoda . Saya sedih dan stress pikir pasal ni . Nak berpantang rumah sendiri tak tahu macam mana moga anak pertama . Mohon warga KRT bagi pendapat apa yang perlu saya buat . Terima kasih sudi baca kisah saya yang panjang ni.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *